Saturday, October 12, 2013

Adakah Zarema wanita yang dilihat di KLIA bersama Aidil Zafuan?



KUALA LUMPUR 10 Okt. Saya kenal wanita itu!". Itulah pengakuan ringkas yang dibuat oleh bekas suami pelakon, Rita Rudaini, 37, iaitu Aidil Zafuan Abd. Razak, 26, berhubung adegan mesranya dengan seorang wanita yang dilihat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 6 Oktober lalu.

Semasa kejadian, seperti yang dimaklumkan oleh salah seorang peminat, wanita berkenaan dilihat sedang memperbetulkan tali leher milik Aidil dan mereka dilihat sangat mesra seolah-olah seperti pasangan 'kekasih'.

Dalam pada itu, Aidil yang dihubungi Utusan Online hari ini menafikan wanita itu adalah kekasihnya tetapi mengakui dia sudah lama mengenali wanita tersebut sebagai rakan.

"Pada masa itu, saya baru sahaja tiba dari Kota Bahru dan terpaksa berlepas ke China untuk perlawanan menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Lagipun, semasa menunggu penerbangan seterusnya, saya bersama skuad kebangsaan yang lain.

"Tambahan, saya tidak akan keluar dengan wanita yang tidak dikenali," katanya yang turut merahsiakan tarikh dia mengenali wanita itu.

Ketika ditanya tujuan wanita itu datang ke KLIA, Aidil cuma memberitahu, dia menghantar barangnya yang tertinggal.
"Saya tidak mempunyai orang terdekat. Jadi, saya meminta pertolongan wanita berkenaan untuk menghantarnya memandangkan dia adalah kawan kepada tunang salah seorang pemain kebangsaan," katanya.



Aidil dan Rita sah bercerai pada 5 September lalu selepas Mahkamah Rendah Syariah Seremban mengesahkan lafaz cerai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh Aidil kepada bekas isterinya itu pada 4 Ogos lalu. - UTUSAN ONLINE

*************************

Penggiat Forum Cari telah mengesahkan bahawa wanita itu adalah Zarema Zainal iaitu wanita yang digosipkan menjadi punca penceraian Aidil dan Rita

Baca lebih lanjut di Forum CARI



zandrahakimi Counting days. Awwwww see u soon neighbor! Hihihi 7d
[ @ ] zandrahakimi @zaremazainal 7d
[ @ ] moyajfa ohhh.. ni lah dia.. 7d
[ @ ] zaremazainal Haha hi org sebelah @zandrahakimi 7d
[ @ ] ezeyanashaklee My fav WAG =) @zandrahakimi (^-^) 7d
[ @ ] azzahaflah Hey g mane kamu berdua @zaremazainal n @zandrahakimi 7d
[ @ ] zandrahakimi @ezeyanashaklee Aww u r one of my fav followers! 7d
[ @ ] zandrahakimi @azzahaflah sent off our other half Kak! Hehe  7d
[ @ ] azzahaflah Wuuuuu other half!!!! Noted @zandrahakimi 7d
[ @ ] amiey_amielia kak @zandrahakimi u r so beautiful.. ^_^ 7d
[ @ ] dibazehan Saw u at klia on last sunday 3d

Sehingga kini Aidil masih belum mengaku bahawa Zarema adalah kekasihnya.
Mungkin tidak mahu isu ini akan menggangu proses penjagaan hak anak-anaknya bersama Rita.

Lagi gambar Zarema Zainal kekasih Aidil Zafuan




Apa agaknya keistimewaan Zarema di hati Aidil sehingga Aidil sanggup menceraikan Rita Rudaini yang jelita itu??

Fauziah Gous dan suami dituduh tidak bayar hutang sewa dewan?

Harap-harap tidak benar lah gosip yang ditujukan buat pasangan pengantin baru Fauziah Gous dan juga suami. Kemungkinan hanya ada sedikit salah faham. Tidak mungkin usahawan pelaburan berjaya seperti Md Zhafran Mohd Yusof tidak mampu untuk bayar kos sewa dewan kan??



Tema majlis pernikahan berkonsep ala Arab Pakistan ini khabarnya menelan belanja hampir RM45,000
Jumlah yang agak besar untuk sebuah majlis pernikahan kan.
Semoga Fauziah Gous dan suami dapat memberi keterangan tentang isu ini nanti


Aeril dan Wawa mengaku Bernikah Dua Kali



PETALING JAYA: Pasangan pelakon Aeril Zafrel, 25, dan Wawa Zainal, 22, memohon maaf kerana mengambil langkah menipu peminat dan pihak media mengenai status hubungan mereka yang sebenarnya sudah menjadi suami isteri sejak tahun lalu.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, berkata, mereka menyesal kerana tidak mendedahkan berita berkenaan lebih awal sehingga rahsia berkenaan menjadi bocor dan dilaporkan oleh pihak media.
"Saya memohon maaf kerana merahsiakan perkara ini. Pada perancangan asal, kami ingin mengumumkan status perhubungan ini dua tahun lagi iaitu selepas Wawa menamatkan kontraknya dengan Metrowealth International Group (MIG) pada tahun 2015.
"Jadi saya menghormati permintaan Wawa untuk merahsiakan perkara ini kerana takut dimarahi pihak pengurusan. Tetapi tidak sangka pula perkahwinan kami dilaporkan lebih awal," katanya dalam satu majlis yang diadakan di restoran Western 114 di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.
Dalam majlis itu, kedua-dua pasangan ditemani bapa Wawa iaitu Zainal Abidin Sulong, pengurus Aeril, Shahriman Wahab dan peguam, Zulhasmi Zakaria.
Majlis yang dipenuhi pihak media itu agak tegang apabila Aeril pada mulanya banyak berkias dalam memberikan setiap jawapan sehingga sikapnya itu ditegur oleh para wartawan
.
Aeril mengaku sedih apabila anaknya dianggap sebagai anak tidak sah taraf gara-gara sembunyikan pernikahan.
Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin pula pada majlis itu tampil bertudung litup menjawab setiap persoalan dengan berterus terang namun ada beberapa masa air matanya bergenang selepas diasak pelbagai soalan.
Dalam pada itu, pasangan berkenaan berkata tujuan mereka menyembunyikan status pernikahan itu adalah berpunca daripada peraturan MIG yang melarang artis naungan syarikat itu untuk bercinta.
Untuk rekod, Aeril pernah menjadi artis MIG tetapi mengambil keputusan untuk keluar sebelum tamat kontrak kerana ingin mendalami ilmu agama Islam selain mengambil keputusan untuk berdikari.
Dalam sidang media berkenaan Aeril mendedahkan mereka telah bernikah sebanyak dua kali masing-masing pada 25 Februari 2012 dan 4 Februari lalu di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya di sini.
Pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua untuk menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi. Hasil perkahwinan itu mereka telah mendapat anak yang lahir pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
mStar Online menyiarkan jawapan Aeril dan Wawa berhubung kontroversi berkenaan serta penjelasan David Teo yang dituduh menjadi punca perkahwinan itu terpaksa dirahsiakan.

........................................................................................
AERIL: Saya kenal Wawa pada tahun 2010 ketika sama-sama membintangi filem Klik pada 2010 dan selepas itu kami mula bercinta tetapi dihalang oleh pihak pengurusan MIG. Dan kerana itu apabila pihak media dapat menghidu perhubungan ini kami tidak mengaku bercinta.
Kemudian pada tahun 2011 banyak hal berlaku termasuklah saya menerima penyakit keturunan dan selepas itu barulah saya mendekatkan diri kepada Tuhan. Selepas itu pada 2012 saya terus berjumpa bapa Wawa meluahkan hasrat untuk menikahi Wawa. pada masa sama saya tahu kami tak boleh kahwin sebab akan dimarahi pihak pengurusan. Ye lah sedangkan kami tidak boleh bercinta, apalagi berkahwin.
Maka saya membuatkan keputusan untuk menghalalkan perhubungan ini dengan menikahi Wawa pada 25 Februari 2012 di rumah pengurus saya, Shahriman, mengikut syariat Islam, bukan undang-undang negara. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab.
Mengenai penyakit misteri yang dialami Wawa sehingga terpaksa pulang ke kampung di Lahat Datu, Sabah seperti yang dikatakan itu bohonglah?
WAWA: Tidak! Penyakit misteri itu memang betul. Demi Allah, saya dan adik beradik terkena sihir pada awal tahun ini. Jika ada yang menuduh kononnya saya cuba menutup rahsia perkahwinan dengan penyakit misteri, itu tidak benar. Bagaimanapun Alhamdulillah saya sudah kembali pulih.
Tentang anak pula, apa komen kalian?
AERIL: Setiap pasangan pasti akan diberikan anak. Begitu juga dengan kami. Selepas mendapat tahu Wawa mengandung, saya memutuskan untuk menikah sekali lagi pada 4 Februari 2013 di Masjid Jumhuriah, Taman Dato' Harun, Petaling Jaya dan kali ini mengikut undang-undang pula kerana risau anak kami nanti tidak boleh berbinkan nama saya. Dan Alhamdulillah anak kami lahir pada 24 Ogos lalu dan butirannya sama seperti berita yang dilaporkan.

Wawa Zainal kelihatan sedih dengan insiden yang terjadi.
Kenapa nikah dua kali?
AERIL: Sebelum ini kami nikah kerana mahu menghalalkan hubungan. Bukankah kita perlu mendahulukan agama? Kerana jika diikutkan syariat, kami sah sebagai suami isteri.
Kiranya kalian melanggar undang-undang pada mulanya?
AERIL: Kami mahu menghalalkan hubungan sahaja dan mengikut syariat. Cuma tidak didaftarkan sahaja.
Kenapa ambil masa setahun, kemudian baru nak daftar?
AERIL: Kerana Wawa sudah mengandung dan saya perlu memikirkan masa depan anak saya.
Kenapa tipu apabila wartawan tanya tentang perhubungan kalian?
AERIL: Saya nafikan perkara ini kerana hormat permintaan Wawa. Dia takut dimarahi MIG. Sebab itu kami terpaksa rahsiakan. Lagi pun memang kami ada rancang untuk memberitahu hubungan ini selepas tamatnya kontrak Wawa dengan MIG pada 2015. Tetapi ia dibongkar terlebih dahulu oleh pihak media. Sekarang ini saya rasa seperti dalam peperangan ketika menghadapi situasi ini.
WAWA: Macam ini, kami meminta maaf kepada semua kerana penafian ini. Apa yang dilakukan semuanya bersebab.

DIKUARANTIN PIHAK MIG
Kenapa nak takut dengan David Teo (Ketua Pegawai Eksekutif MIG) pula?
WAWA: Kamu semua tidak tahu bagaimana cara pengurusan MIG. Memang saya takut dimarahi David. Mereka pernah kuarantin saya selama sebulan semata-mata mahu menghalang saya berjumpa dengan Aeril. Dan bukan senang untuk saya keluar daripada MIG.
Jadi kontrak sekarang macam mana?
WAWA: Saya masih mahu meneruskan karier lakonan, tetapi tentang kontrak saya tak pasti.
Sebelum ini Wawa kata kena sihir dan pada masa sama Wawa mengandung. Macam mana pula ceritanya itu?
WAWA: Saya terkena sihir ketika bulan Mac (2013) dan masa itu memang sedang mengandung. Alhamdulillah penyakit saya itu sudah sembuh sebelum melahirkan anak lagi.
Menyesal kerana tidak mendedahkan perkara ini lebih awal?
AERIL: Ya saya menyesal kerana tidak mendedahkan status perhubungan ini lebih awal dan pada masa sama tertanya-tanya apakah tujuan wartawan itu mendedahkan hal kami? Mengaku atau tidak, itu hak kami untuk memberitahu.
Saya sedih apabila banyak tohmahan dilemparkan kononnya anak saya tidak sah taraf. Apabila tengok anak sedang tidur, saya menangis sedih kerana anak itu dianggap anak haram. Saya tak kisah diri ini dihina, tetapi disebabkan pihak itu mendedahkan anak saya tanpa kebenaran, buatkan saya sedih.

David Teo

DAVID TEA NAFI HALANG CINTA AERIL & WAWA
Sementara David Teo yang dihubungi pula menafikan dakwaan pihaknya tidak memberi kelonggaran kepada artis naungan mereka berkahwin.
Katanya, walaupun dalam kontrak menjelaskan seseorang artis di bawah jagaan MIG dilarang bercinta, tetapi mereka tetap memberi kelonggaran sekiranya artis tersebut mengesahkan status masing-masing.
Adakah benar David menghalang cinta Aeril dan Wawa?
DAVID: Saya menafikan sekeras-kerasnya. Memang dalam kontrak kami tidak membenarkan artis bercinta. Tetapi mereka boleh membuat pengesahan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka sudah berkahwin.
Kami membuat perkara ini bagi menjaga maruah artis itu dan untuk mengelak perkara yang tidak diingini seperti ditangkap khalwat selain menjaga nama baik syarikat, itu sahaja. Cuba lihat artis-artis sebelum ini seperti Lisa Surihani, Farid Kamil dan terbaharu, Diana Amir, mereka semua membuat pengesahan dengan pihak syarikat mengenai status diri masing-masing.
Adakah benar MIG sendiri pernah mengkuarantin Wawa?
DAVID: Tidak mungkin! Itu tuduhan mengarut. Jika benar di kuarantin, macam mana Wawa boleh menyelinap keluar daripada kediaman yang pihak MIG sediakan untuk berjumpa dengan Aeril? Dan jika di kuarantin, maka mereka tidak mungkin boleh ada anak, bukan?
Dalam situasi sekarang ini, adakah David masih menerima Wawa sebagai artis MIG?
DAVID: Setakat ini dia tidak melanggar kontrak. Cuma dia tidak membuat pengesahan mengenai statusnya sebagai isteri dan ibu. Ya, saya masih menerimanya kerana kejelitaannya yang dilihat boleh pergi jauh dalam industri seni tempatan.


Tuesday, June 1, 2010

Disclaimer

Nama artis/selebriti/kenamaan yang disebut dalam weblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam weblog ini telah digunakan tanpa izin untuk tujuan pengenalan sahaja. Kami tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.


Kami juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.